Kadang-kala kita berasa penat dan bosan dengan pekerjaan yang sedang kita lakukan. Mahu saja rasanya ingin letak jawatan dan duduk dirumah sambil "goyang kaki".
Namun, apabila terbayangkan wang ringgit yang amat diperlukan dalam kehidupan, pantas saja di gerakkan kaki yang terasa malas dan berat, melangkah ke tempat kerja. Mulut pula mula mengomel, "kalau tak kerja, macam mana la nak hidup.......". Ini kah makna sebenar kerja pada kita? Sejak dari kecil lagi, kita diajar membina impian kerjaya oleh ibu dan ayah. Malah, disekolah juga para guru selalu meniupkan semangat kepada kita agar menjadi seorang yang mempunyai cita-cita.
Pertanyaan yang wajib kita dengar saat semakin membesar, " Dah besar nanti anak mama nak jadi apa?". Lalu, dari situ kita mula mencipta imaginasi tentang hebatnya untuk menjadi seperti apa apabila dewasa nanti. Tanpa diketahui maksud sebenarnya, lantang kita sahaja menjawab, "Nak jadi cikgu!". Kini, tidak disangka-sangka cita-cita itu tidak kesampaian walau kita telah melepasi puncak menara gading. Apakan daya, ini rezeki yang Allah tentukan.
No comments:
Post a Comment