Thursday, December 29, 2011

" Engkau berharap mendapat kejayaan dan sampai cita-citamu, sedangkan engkau tidak mengaku dasar dan aliran-alirannya, sebagaimana kapal tak dapat dilayarkan di atas daratan "
(Syair Arab)
" Berani menyatakan pendirian dengan terus terang adalah sifat pahlawan sutria tetapi berani dari yang salah dan berani mengaku kesalahan adalah lebih satria lagi "
(Dr. Hamka)
" Ilmu itu adalah gedung-gedung. Anak kuncinya ialah pertanyaan. Demi itu bertanyalah! sesungguh diberi pahala kepadanya 4 orang : yang bertanya, yang mendengar dan yang suku kepada mereka."
(Hadis Riwayat Nuaim)

Sabda Rasulullah S.A.W

" Mencari ilmu itu wajib atas setiap orang Islam(perempuan dan lelaki)"
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa berjalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga."
(Hadis Riwayat Muslim)

Wednesday, December 28, 2011

Dari Abu Hurairah At Tarmizi telah meriwayatkan bahawasanya Rasulullah S.A.W telah menerangkan 3 orang yang tidak akan di tolak doanya oleh Allah ialah
  1. Ketua Negara yang adil
  2. Orang yang sedang berpuasa sehingga ia berbuka
  3. Orang yang teraniaya
" Kutinggalkan untuk kamu dua perkara supaya kamu tidak tersesat selama-lamanya. Iaitu kitabullah dan sunnah Rasul-Nya"
" Manusia berakal ialah manusia yang suka menerima nasihat dan meminta maaf serta memberi maaf " (Umar bin khattab r.a.)
Jangka hayat seseorang itu tidak menjadi soal, yang pentingnya ialah penggunaan waktu selagi hayat di kandung badan.

Dalam pergaulan janganlah menggunakan kata-kata kasar, tidak ada ruginya berkata manis dan ramah tamah. Demikian juga dengan memuji, bererti satu keuntungan bukan satu kerugian.
Sikap adalah sesuatu yang dipelajari melalui pengamatan, pendengaran dan pengalaman. Dengan kata lain, sikap dalah tindakan dan tingkahlaku diri berlandaskan cara berfikir seseorang individu. Cara berfikir adalah sesuatu yang dipelajari dan ditiru. Sumber-sumbernya ialah:

Orang sekeliling - ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, idola
Pengarah media - Tv, radio, internet
Bahan bacaan - Novel, majalah, akhbar,buku-buku
Persekitaran - Agama, bangsa, kebudayaan
Peristiwa silam
Pengalaman

Seperti kata pepatah 'Bapak borek anak rintik', kalau bapa jenis panas baran maka anaknya berkemungkinan juga demikian. Tetapi tidak pula semua anak berkelakuan sedemikian. Mungkin ada anak yang mengagumi orang lain, contohnya guru yang merupakan seorang penyabar.

Oleh itu, untuk mengubah sikap kepada yang lebih baik, carilah seseorang yang boleh menjadi idola kita. Dan sebaik-baik idola adalah Rasulullah s.a.w.
" Seseorang yang percaya akan kemampuan dirinya akan bersikap positif, optimis dan melakukan pekerjaan dengan keyakinan teguh terhadap kejayaan"

Tuesday, December 27, 2011

" Kesenian adalah ungkapan rasa halus dan suci yang dimanefestasikan ciptaan fikiran manusia yang hasilnya mengandungi unsur keindahan seni sebagai bidang kebudayaan selalu ditemui dalam setiap kebudayaan manusia"
" Bacakanlah dengan nama Tuhan kamu yang menjadikan. Dia menjadikan manusia daripada segumpal darah, bacalah dengan nama Tuhan kamu yang maha mulia yang mengajar manusia menulis dengan pena- Tuhan mengajar manusia perkara-perkara yang tidak di ketahui" (Surah Al-Alaq)

Monday, December 26, 2011

Dan ingatlah ketika Tuhan berfirman kepada malaikat. " Sesungguhnya aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka bertanya(tentang hikmat ketetapan Tuhan kita itu). Adakah Tuan hamba (wahai Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akn membuat kerosakanbdan menumpahkan darah pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Tuan hamba dan mensucikan Tuan Hamba?" Tuhan berfirman: " Sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui".

Kemanfaatan yang diperolehi dari sifat sabar ada empat perkara:

1. Sabar melakukan ketaatan
2. Sabar menahan diri dari melakukan maksiat
3. Sabar menahan diri dari godaan dunia
4. Sabar menahan derita menghadapi dugaan dan musibah

Ubaidah Al-Samit r.a. berkata

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
" Berikanlah padaku 6 jaminan dari diri kamu, aku jaminkan syurga untuk kamu iaitu berlaku benar manakala kamu berbicara, tepatilah manakala kamu berjanji, tunaikanlah manakala kamu diamanahkan, pejamkanlah mata kamu (dari yang ditegah)"

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

" Apabila lalat masuk ke dalam minuman kamu, hendaklah kamu tenggelamkannya, kemudian buangkan lalat itu kerana sesungguhnya salah satu sayanpnya mengandungi penyakit dan yang satu lagi mengandungi ubat "

Thursday, December 22, 2011

Pewaris Syurga Firdaus

  • Menjaga dan khusyuk di dalam menunaikan solat
  • Menjauhi perbuatan dan perkataan yang sesia
  • Menunaikan zakat
  • Menjaga kemaluannya
  • Menunaikan janji
  • Tidak melampaui batas di dalam tindakan

DARI ABU HURAIRAH R.A. KATANYA:

Saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : " Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubung silaturahim."
" Orang hanya dapat melihat kesedihan kita melalui air mata tetapi sukar untuk mengalami penderitaan yang kita tanggungi akibat limpahan air mata itu "
" Jangan sesekali membicarakan hati dan perasaan menguasai pemikiran, sebaliknya awasilah fikiran agar sentiasa menguasai hati dan perasaan "

Kata-kata Iman Al-Ghazali

" Bahawa manusia ini diamanahkan oleh Allah taala dengan berbagai-bagai anggota dan itu adalah suatu kenikmatan, maka dia melakukan maksiat terhadap Allah taala dengan menggunakan anggota tersebut. Ia seolah-olah kamu meminta daripada Allah untuk melakukan maksiat. Ini adalah suatu pengkhianatan yang besar dan dikira seseorang itu kufur nikmat dan menzalimi diri sendiri dan akan dipersoalkan oleh Allah taala di akhirat kelak. Maka bersiap sedilah kamu untuk menjawabnya di hadapan Rabbuljalil "
" Pergaulan memperolehi didikan otak. Untuk kerbersihan jiwa, hendaklah bergaul dengan orang-orang yang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya "
" Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa cinta seakan-akan kita turut hidup dengan mereka. Oleh itu, rasa hati dan suka duka kita sekarang adalah arasa hati dan suka duka yang mereka tinggalkan buat kita "

Dari Abu Hurairah r.a katanya

Rasulullah S.A.W. bersabda : " Sesungguhnya Allah S.W.T tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu "
Dunia tidak menawarkan apa-apa jaminan hidup tetapi ia menjamin setiap yang ada di dalamnya berpeluang untuk hidup

Lima Catatan

  1. Orang selalu berfoya......selalu kosong poketnya
     2. Orang yang selalu mengumpat......selalu terima akibatnya
     3. Orang suka berjudi......selalu lupa anak dan isteri

     4. Orang suka merokok.....selalu dapat batuk

     5. Orang suka bersolat....tubuh badannya sihat, hidup berkat dunia dan akhirat

10 Wasiat Rasulullah S.A.W

1. Telah bersabda Rasulullah S.A.W., barang siapa menyebut nama Allah sebelum fajar dan sebelum terbit matahari atau sebelum terbenamnya, nescaya Allah malu untuk menyiksanya dengan api neraka.

2. Telah bersabda Rasulullah S.A.W., apabila engkau selesai sembahyang subuh, duduklah sehingga matahari terbit. Maka sesungguhnya Allah Taala akan menulis pahala haji dan umrah atau pahala memerdekakan hamba atau pahala bersedekah seribu dinar pada jalan Allah.

3. Telah bersabda Rasulullah S.A.W., biasakanlah dirimu berdoa antara azan dan iqamat, sesungguhnya doa itu tidak akan di tolak.

4.Telah bersabda Rasulullah S.A.W., hamba yang paling di cintai Allah ialah orang yang sujud sambil berkata di dalam sujudnya: "Ya Allah. Bahawasanya aku telah menzalimi diriku, maka engkau ampunilah aku, sesungguhnya tidka apa yang mengampuni dosa melainkan engkau.

5. Telah bersabda Rasulullah S.A.W., sembahyanglah engkau di tengah malam walau sekadar masa memerah susu kambing. Sesungguhnya orang yang bersembahyang di tengah malam itu adalah secantik-cantik manusia mukanya.

6. Telah bersabda Rasulullah S.A.W., sesungguhnya para malaikat akan memohon keampunan bagi manusia selagi dia berada dalam kesucian tidak berhadas.

7. Telah bersabda Rasulullah S.A.W., lazimkanlah diri sembahyang berjemaah kerana di sisi Allah adalah seperti jalanmu mengerjakan haji dan umrah. Dan tidak ada yang bersungguh-sungguh menunaikan sembahyang berjemaah melainkan orang mukmin yang di cintai oleh Allah.

8. Telah bersabda Rasulullah S.A.W., barangsiapa yang Allah berikan nikmat kepadanya, dia bersyukur dan Allah berikan dugaan, dia bersabar dan jika dia berbuat jahat, dia memohon ampun, nescaya bolehlah dia masuk syurga dari pintu mana yang dikehendaki.

9. Telah bersabda Rasulullah S.A.W., barangsiapa yang membaca surah Al-Thaariq pada waktu sebelum tidur, nescaya dituliskan baginya sebanyak bilangan bintang di langit menjadi kebajikan.

10. Telah bersabda Rasulullah S.A.W., berilah salam terhadap orang yang engkau jumpai daripada kaum muslimin, nescaya Allah tuliskan bagimu 20 kebajikan dan jika menyambut salam, maka Allah akan tuliskan 40 kebajikan.
Marilah kita kuatkan pegangan tangan kita dengan tali keimanan......kerana tarikan dunia ini amat menawan bagaikan mampu menarik kita melalui arusnya yang deras. Sedarlah....betapa banyak waktu yang telah kita gunakan untuk kepentingan duniawi..... tetapi bukan kepentingan akhirat.

Monday, December 19, 2011

" Hai manusia sesungguhnya kami menciptanya kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersulu-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu disisi Allah ialah orang yang bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengerti lagi maha mengenal " 
(Al-quran, Surah al-Hujurat : 13)

7 Kalimat Yang Harus DiHafal

  1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu
  2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu
  3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut diungkapkan
  4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok
  5. Mengucap La Hau La Wala Kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai dan tidak diingini.
  6. Menucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima sebarang musibah
  7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tidak terpisah dari lidahnya, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat, mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi terbiasa kerana sudah biasa menyebutnya.

Bersihkan Hati Dari Riak

Kebersihan hati memerlukan kesahihan ibadah seseorang. Di dalam konteks solat, menurut Imam al-Ghazali, unsur-unsur ibadat yang ditekankan ada lima iaitu:
1. Kehadiran hati(hati tidak menerawang memikirkan parkara lain selain solat)
2. Pemahaman(memahami segala perkataan yang dilafazkan ketika solat)
3. Pengagungan dan merasai kehebatan Allah SWT(rasa takut kepada Allah SWT hasil dari kefahaman             berhubung keagungan dan kebesaraNYA)
4. Harap(mengharapkan pahala Allah SWT kerana dia lah sahaja tempat pergantungan bagi setiap manusia)
5. Malu(berasa malu dengan ibadat yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya)

3 Tanda Kekotoran Hati

1. Dengki
Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini biasanya bijak bersandiwara

2. Tamak
Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang disekelilingnya. Orang yang tamak tidak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tidak kira walau caranya itu haram.

3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara
Biasanya oarang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting. Oleh itu, dia akan bercakap banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang lain bahawa dia boleh bercerita pasal apa sahaja. Tapi, dia tidak pernah ambil tahu sama ada apa yang dicakapkan iti bohong atau khabar angin semata-mata atau fakta sahaja.

Tuesday, December 13, 2011

Jadikanlah solat sebagai satu terminal istirehat. Di saat jiwa terasa letih oleh beban perjuangan, di saat tubuh penat oleh pelbagai ujian hidup.....maka cara terbaik ialah dengan mendirikan solat.

Tips Kehidupan

  • Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan
  • Berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan
  • Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali
  • Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda
  • Belajar daripada satu sama lain. Jangan mengata di belakang kawan anda
  • Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya anda ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, berbincanglah.

Sunday, December 11, 2011

Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang bertaqwa lagi selalu menyembunyikan ibadatnya (tulus kepada Allah) di mana apabila ia berada dalam majlis, dia tidak dikenali ramai dan apabila dia tidak bersama dalam majlis dia tidaklah dicari mereka"
" Adalah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna"

Saturday, December 10, 2011

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

1. Bersyukur,bersyukur,bersyukur 
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel bermotivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca surat khabar, baca gosip-gosip mahu pun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan diri dengan sesi motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya motivasi pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek. Motivasi harus di jaga, sebab kalau tak di jaga anda ia mudah turun. Kesannya, anda jadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4.Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Andai kata anda seorang pelajar, semasa nak masuk kelas, duduk dikerusi anda dan mula nak buka buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan. Masuk Je dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila kita melakukannya secara Istiqamah, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang.

5. Set Target Kemajuan Diri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tidak tahu nak capai apa yang kita hendak pada hari tersebut. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja(atau menghadiri kelas), lepas itu, nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum dan akhir sekali kita tidur. Esok pagi, bangun dan perkara yang sama juga akan berulang lagi. Hidup anda bagaikan dalam satu bulatan sahaja, di situ saja. Mulai hari ini, anda perlu mengubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai kata anda ini seorang pelajar, set target berapa bab yang ada perlu mengulankaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam masa seminggu ini, berapa soalan yang anda ingin tanya pada pensyarah anda nanti.

6. Lihat warna cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita mejadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, hijau dan biru. Dekatkan diri dengan benda-benda yang berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan hati dengan kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tidak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Andai emosi negatif ini bersarang dihati ia akan menghalang motivasi. Kesannya, anda akan jadi orang yang tidak bersemangat langsung. Lebih teru lagi, anda akan menjadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam setiap orang, setiap masa dan setiap situasi.


Friday, December 9, 2011

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

  • Tidak mengambil sarapan pagi
  • Terlebih makan
  • Perokok
  • Penggunaan gula yang berlebihan
  • Pencemaran udara
  • Terlebih tidur
  • Menutup muka ketika tidur
  • Membiarkan otak bekerja semasa kita berada dalam keadaan kurang sihat
  • Kurang berimaginasi
  • Jarang berfikir

Tips Untuk Hilangkan STRESS

  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwudhuk
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
  • Banyakkan solat sunat
  • Selalu berdoa pada Allah
  • Bersangka baik dengan Allah
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
  • Menangis dengan sepuas hati
  • Hargai kebolehan diri sendiri
  • Cintai diri sendiri

Tips Untuk Meningkatkan Daya Ingatan

  • Amalkan tidur yan cukup
  • Mengawal tekanan
  • Berhati-hati dengan pengambila vitamin
  • Bersenam
  • Elakkan kemurungan
  • Awasi pengambilan ubat
  • Belajar sesuatu yang baru
  • Banyakkan membaca
  • Fokus
  • Bermain dengan angka
  • Membaca al-Quran

Tuesday, December 6, 2011

Hidup Sihat seperti Rasulullah S.A.W

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan solat fardhu subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antara lain:
  • Berlimpah pahala daripada Allah
  • Kesegaran udara subuh yang bagus untuk kesihatan dan terapi penyakit TB
  • Memperkuatkan fikiran dan menyihatkan perasaan
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa rapi dan bersih, setiap hari khamis atau jumaat, beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
"Mandi pada hari jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman."(HR Muslim)

TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah:"Jangan Marah" diulangi sebanyak 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan  jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah:
  • Membaca Ta'awwudz, kerana marah itu dari syaitan
  • Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk dan bila duduk maka berbaring
  • Segera berwudhu'
  • Solat dua rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati
GEMAR BERJALAN
Rasulullah selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan dengan lancar. Ini baik untuk mencegah penyakit jantung.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan membersihkan impak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakkal kepada Allah S.W.T.

TIDAK PERNAH MAKAN BANYAK
Sabda Rasulullah:
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak(tidak sampai kekenyangan)."(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda:
  • Sepertiga untuk udara
  • Sepertiga untuk air
  • Sepertiga untuk makanan
Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi umat islam dengan adanya puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.
TIDAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga kestabilan fizikal, hati dan kesihatan jiwa maka jauhi sifat iri hati yang merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.
"Senyum itu satu sedekah, senyum juga adalah penawar segala luka dan senyum juga mempunyai banyak makna; jadi senyumlah kepada orang yang benar-benar memerlukan senyuman itu"
"Kebanyakan manusia, apabila melihat sesuatu perkara akan bertanya kenapa? Tetapi saya lebih suka bermimpikan sesuatu yang tidak pernah wujud dan berkata kenapa tidak"
(Robert F. Kennedy)

Monday, December 5, 2011

12 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

  1. Semasa Lailatul-Qadar
  2. Ketika hujan turun
  3. Ketika memulakan dan setelah selesai berdoa
  4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan
  5. Di tengah malam
  6. Di antara azan dan iqamah
  7. Ketika sujud dalam solat
  8. Ketika iktidal akhir dalam solat
  9. Ketika khatam(tamat) membawa 30 juz Al-Quran
  10. Sepanjang malam,paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir(waktu sahur)
  11. Malam jumaat dan sepanjang hari jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah(diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari jumaat
  12. Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib

12 Sifat Sahabat

  • Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungi diri mu
  • Jika engkau rapatkan pershabatan dengannya, dia akan membalas baik pershabatanmu itu
  • Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia kan membantumu
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
  • Jika ia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
  • Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
  • Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
  • Jika engkau berdiam diri(kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
  • Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantumu
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
    "Kita tak perlu mengeluh dan meratapi setiap masalah yang kita hadapi. Sebaliknya jadikanlah masalah itu sebagai suatu cita-cita yang ingin kita capai iaitu dengan berusaha untuk menyelesaikannya dan bukan hanya menyerah kepada takdir dan keadaan"
    "Kekuatan jiwa hanya boleh diperolehi hasil dari pertautan hati dengan Allah. Keyakinan mesti pada bahawa Allah yang menghitam-putihkan manusia, membekalkan fikiran, tenaga dan keinginan untuk berusaha"
    " Perasaan manusia seperti cuaca yabg sering berubah-ubah mengikut putaran alam. Ada kala kita berasa sangat bahagia dan gembira asyik tersenyum sepanjang hari. Tetapi ada waktunya kita berasa sedih dan gundah gulana. Kekecewaan berpanjangan menyebabkan kita sentiasa murung. Apa sahaja dilakukan serba tak kena"
    "Setiap insan ada impian. Onak dan duri menjadi ranjau dalam melayari bahtera impian. Terpulang kepada anda mengenali arah dan corak perjalanan. Jika hati cekal dan tabah, matlamat pasti di genggam"
    Jangan kehadiran kita di sesuatu tempat itu hanyalah seumpama segenggam garam yang dimasukkan ke laut atau pun sesudu gula yang diletakkan ke dalam sebelanga madu. Sebaik-baiknya biarlah kehadiran kita di suatu tempat itu bagaikan setitik nila yang dimasukkan ke dalam sebelanga susu, walaupun setitik besar kesannya.
    Bekerja, berfikir dan belajar, itulah hidup. Siapa yang tidak bekerja hidupnya ditanah. Siapa yang tidak berfikir, tidak guna hidup. Hidup dan belajar adalah kewajipan dari abad keabad tiada berkecualinya, baik anak-anak yang telah putih rambutnya.

    Sunday, December 4, 2011

    NABI S.A.W. BERSABDA, MAKSUDNYA:

    Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang menyelamatkan orang Islam yang lain dari gangguan lidahnya dan tangannya, dan orang yang berhijrah sebenarnya itu ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang ALLAH
    (Riwayat Bukhari)

    Empat Macam Yang Tidak Dapat Di Nilai Dan Merasakannya Kecuali Yang Empat Macam Pula


    • Harga atau nilai masa muda tidak diketahui kecuali oleh orang yang sudah tua
    • Harga atau nilai kesihatan tidak diketahui kecuali oleh orang-orang yang sakit
    • Harga atau nilai keselamatan tidak diketahui kecuali oleh orang-orang yang ditimpa bala
    • Harga atau nilai hidup tidak di ketahui kecuali oleh orang-orang yang telah mati

    Fakta Menarik Tentang Islam

    1. Ternyata nama yang paling banyak diguna di dunia adalah "Muhammad" disusuli dengan nama  "Jack".
    2. Albania merupakan satu-satunya negara di benua Eropah yang 90% penduduknya    beragama Islam.
    3. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan islam akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030.
    4. Beberapa ayat di dalam Al-Quran menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dengan wanita(secara perhintungan Matematik). Kata "Lelaki" dan "Wanita" di dalam Al-Quran sama-sama berjumlah 24.
    5. Al-Quran adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia(Hafidz/penghafal Al-Quran) sehingga keaslian dan kesuciannya selalu terjaga.
    6. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan, maka versi Arab Al-Quran akan segera digantikan oleh jutaan muslim, yang digelar "Huffaz" yang telah menghafalkan setiap perkataan didalam Al-Quran dari awal hingga akhir hayat.
    7. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari.(statistik 1997).
    8. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat yang sebelumnya berkiblat ke Masjidil baitul Maqdis selama 16 bulan.
    9. Para angkasawan telah menemukan bahawa planet Bumi mengeluarkan sejenis radiasi yang berpusat di Kota Makkah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti(tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet Mars dan masih berlanjutan.
    10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri dua kali, namun kedua-duanya gagal dan salah satu yang mencuri itu dihilangkan oleh Allah dari bumi.
    11. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali sahaja kaum muslimin menerima kekalahan iaitu di dalam Perang Uhud.
    12. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih dari susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.