SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan solat fardhu subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antara lain:
- Berlimpah pahala daripada Allah
- Kesegaran udara subuh yang bagus untuk kesihatan dan terapi penyakit TB
- Memperkuatkan fikiran dan menyihatkan perasaan
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa rapi dan bersih, setiap hari khamis atau jumaat, beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
"Mandi pada hari jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman."(HR Muslim)
TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah:"Jangan Marah" diulangi sebanyak 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah:
- Membaca Ta'awwudz, kerana marah itu dari syaitan
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk dan bila duduk maka berbaring
- Segera berwudhu'
- Solat dua rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati
GEMAR BERJALAN
Rasulullah selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan dengan lancar. Ini baik untuk mencegah penyakit jantung.
OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan membersihkan impak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakkal kepada Allah S.W.T.
TIDAK PERNAH MAKAN BANYAK
Sabda Rasulullah:
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak(tidak sampai kekenyangan)."(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda:
- Sepertiga untuk udara
- Sepertiga untuk air
- Sepertiga untuk makanan
Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi umat islam dengan adanya puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.
TIDAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga kestabilan fizikal, hati dan kesihatan jiwa maka jauhi sifat iri hati yang merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.
No comments:
Post a Comment