Monday, December 19, 2011

3 Tanda Kekotoran Hati

1. Dengki
Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini biasanya bijak bersandiwara

2. Tamak
Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang disekelilingnya. Orang yang tamak tidak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tidak kira walau caranya itu haram.

3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara
Biasanya oarang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting. Oleh itu, dia akan bercakap banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang lain bahawa dia boleh bercerita pasal apa sahaja. Tapi, dia tidak pernah ambil tahu sama ada apa yang dicakapkan iti bohong atau khabar angin semata-mata atau fakta sahaja.

No comments:

Post a Comment