Sunday, December 4, 2011

Fakta Menarik Tentang Islam

  1. Ternyata nama yang paling banyak diguna di dunia adalah "Muhammad" disusuli dengan nama  "Jack".
  2. Albania merupakan satu-satunya negara di benua Eropah yang 90% penduduknya    beragama Islam.
  3. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan islam akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030.
  4. Beberapa ayat di dalam Al-Quran menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dengan wanita(secara perhintungan Matematik). Kata "Lelaki" dan "Wanita" di dalam Al-Quran sama-sama berjumlah 24.
  5. Al-Quran adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia(Hafidz/penghafal Al-Quran) sehingga keaslian dan kesuciannya selalu terjaga.
  6. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan, maka versi Arab Al-Quran akan segera digantikan oleh jutaan muslim, yang digelar "Huffaz" yang telah menghafalkan setiap perkataan didalam Al-Quran dari awal hingga akhir hayat.
  7. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari.(statistik 1997).
  8. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat yang sebelumnya berkiblat ke Masjidil baitul Maqdis selama 16 bulan.
  9. Para angkasawan telah menemukan bahawa planet Bumi mengeluarkan sejenis radiasi yang berpusat di Kota Makkah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti(tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet Mars dan masih berlanjutan.
  10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri dua kali, namun kedua-duanya gagal dan salah satu yang mencuri itu dihilangkan oleh Allah dari bumi.
  11. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali sahaja kaum muslimin menerima kekalahan iaitu di dalam Perang Uhud.
  12. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih dari susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. 

No comments:

Post a Comment