" Bahawa manusia ini diamanahkan oleh Allah taala dengan berbagai-bagai anggota dan itu adalah suatu kenikmatan, maka dia melakukan maksiat terhadap Allah taala dengan menggunakan anggota tersebut. Ia seolah-olah kamu meminta daripada Allah untuk melakukan maksiat. Ini adalah suatu pengkhianatan yang besar dan dikira seseorang itu kufur nikmat dan menzalimi diri sendiri dan akan dipersoalkan oleh Allah taala di akhirat kelak. Maka bersiap sedilah kamu untuk menjawabnya di hadapan Rabbuljalil "
No comments:
Post a Comment