Imam Ghazali pernah berkata" Cara hidup kita di dunia adalah bayangan cara kehidupan kita diakhirat nanti ".
Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah. 0rang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya mereka yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa(pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat seksaanNya(nescaya mereka akan menyesal). Al Baqarah:165
Saturday, April 28, 2012
KAEDAH TUBUH BEKERJA SEMASA KITA TIDUR
| Tidur yang Indah |
Otak
Tidur mungkin kelihatan seperti keadaan pasif dan terhenti, tetapi meskipun aktiviti-aktiviti dalam cortex(lapisan pada otak) menurun kira-kira 40 peratus ketika kita berada pada fasa pertama tidur, otak tetap sangat aktif selama tahap-tahap berikutnya dari malam tersebut. Kekhasan tidur pada malam hari meliputi lima lingkaran tidur yang berbeza, masing-masing berlangsung selama 90 minit. Tahap pertama dari setiap putaran dianggap sebagai tidur tenang atau tidur tanpa gerakan cepat. Tahap akhir pula ditunjukkan oleh gerakan mata cepat
Mata
Meskipun ditutupi oleh penutup, gerakan mata menunjukkan perbezaan tahap tidur. Ketika kita masuk ke kesedaran semi, mata berputar. Tetapi ketika kita mulai tidur lebih nyenyak, gerakan mata cepat (REM) terjadi ketika mata berkedut.
Sistem Imun
Penelitian menyarankan bahawa tidur lebih membantu menyembuhkan sakit infeksi (jangkitan). Hal inidisebabkan oleh peningkatan produksi sistem kekebalan dari protein semasa tidur, kerana tingkt protein tertentu yang membunuh penyakit meningkat semasa tidur dan menurun ketika waktu berjaga.
Suhu Tubuh
Pada waktu malam, suhu tubuh dan juga hormon seperti adrenalin mulai menurun yang menghasilkan pengeluaran peluh kerana tubuh tidak bergerak dan cuba untuk melawan panas yang hilang. Suhu tubuh akan terus menurun sepanjang malam. Kira-kira hampir jam 5 pagi, suhu akan turun sehingga 1 darjah bahagian perseratusan dibawah suhu malam hari.
Kulit
Bahagian atas kulit merupakan rangkaian sel mati yang terus menerus mengelupas sepanjang hari. Semasa tidur, tingkat metabolisma kulit adalah cepat dan banyak sel-sel tubuh menunjukkan peningkatan produksi serta mengurangi kerosakan protein. Protein adalah penghalang yang diperlukan untuk pertumbuhan sel dan memperbaiki kerosakan dari sinar ultraviolet, tidur nyenyak munkin menjadi tidur sangat cantik.
Subscribe to:
Posts (Atom)