Saturday, April 28, 2012

KAEDAH TUBUH BEKERJA SEMASA KITA TIDUR

Tidur yang Indah



Otak
Tidur mungkin kelihatan seperti keadaan pasif dan terhenti, tetapi meskipun aktiviti-aktiviti dalam cortex(lapisan pada otak) menurun kira-kira 40 peratus ketika kita berada pada fasa pertama tidur, otak tetap sangat aktif selama tahap-tahap berikutnya dari malam tersebut. Kekhasan tidur pada malam hari meliputi lima lingkaran tidur yang berbeza, masing-masing berlangsung selama 90 minit. Tahap pertama dari setiap putaran dianggap sebagai tidur tenang atau tidur tanpa gerakan cepat. Tahap akhir pula ditunjukkan oleh gerakan mata cepat

Mata
Meskipun ditutupi oleh penutup, gerakan mata menunjukkan perbezaan tahap tidur. Ketika kita masuk ke kesedaran semi, mata berputar. Tetapi ketika kita mulai tidur lebih nyenyak, gerakan mata cepat (REM) terjadi ketika mata berkedut.

Sistem Imun
Penelitian menyarankan bahawa tidur lebih membantu menyembuhkan sakit infeksi (jangkitan). Hal inidisebabkan oleh peningkatan produksi sistem kekebalan dari protein semasa tidur, kerana tingkt protein tertentu yang membunuh penyakit meningkat semasa tidur dan menurun ketika waktu berjaga.

Suhu Tubuh
Pada waktu malam, suhu tubuh dan juga hormon seperti adrenalin mulai menurun yang  menghasilkan pengeluaran peluh kerana tubuh tidak bergerak dan cuba untuk melawan panas yang hilang. Suhu tubuh akan terus menurun sepanjang malam. Kira-kira hampir jam 5 pagi, suhu akan turun sehingga 1 darjah bahagian perseratusan dibawah suhu malam hari.

Kulit
Bahagian atas kulit merupakan rangkaian sel mati yang terus menerus mengelupas sepanjang hari. Semasa tidur, tingkat metabolisma kulit adalah cepat dan banyak sel-sel tubuh menunjukkan peningkatan produksi serta mengurangi kerosakan protein. Protein adalah penghalang yang diperlukan untuk pertumbuhan sel dan memperbaiki kerosakan dari sinar ultraviolet, tidur nyenyak munkin menjadi tidur sangat cantik.

No comments:

Post a Comment