Sunday, April 29, 2012

Etika Hadiri Majlis Klien

 


PERKARA PERLU DIELAK

1. Buat-buat Cari Meja Pendaftaran dan Ambil Goodies
  • Ada mereka yang sengaja datang lambat dan balik awal. Sekadar tunjuk muka dan ingin memenuhi tuntutan jemputan daripada klien. Orang sebegini tiada inisiatif untuk datang awal berjumpa dengan tuan rumah atau menjalin hubungan atau networking dengan pihak lain. Sudahlah terlambat, terus ke meja pendaftaran menanti diberikan goodies. Tanpa ditanya, anda berusaha untuk menjawab "sorry lambat, jalan jammed". Sekiranya ada prospek klien baru yang menguntungkan anda atau syarikat, sudah pasti anda akan terlepas.
2. Selekeh Tidak Bertempat
  • Biarpun anda orang yang kurang penting bagi menghadiri sesuatu majlis daripada klien, jangan ingat penampilan tidak penting. Percayalah, tanggapan pertama tetap menjadi ingatan jika anda baru pertama kali berurusan. Bayangkan jika anda berpakaian boria dan tidak kena tempat di majlis rasmi, tentu memalukan bukan?. Silap hari bulan dihalau keluar. Jadi, sebelum ke sesuatu majlis, pastikan anda peka dengan tema pakaian yang diminta. Jangan berpakaian selekeh dan menyakitkan mata.
3. Pakai Selipar atau Sandal
  • Biar sempaoi mana pun anda, jangan sesekali memakai selipar atau sandal ketika menghadiri majlis anjuran klien. Tidak kira majlis itu besar atau kecil, memakai sandal bukan sahaja dianggap kurang sopan, malah anda dilihat tidak profesional. Mungkin anda sebagai tetamu menganggap ia tidak serius, tetapi sebagai tuan rumah, memakai selipar adalah perkara serius yang perlu diambil kira sebelum menjalinkan sebarang hubungan perniagaan.
4. Gangguan Bunyi
  • Usah tarik perhatian orang dengan memakai alat bunyi-bunyiaan yang boleh mengganggu konsentrasi seperti bunyi daripada aksesori atau kasut yang dipakai. Kadang-kala bunyi nada dering telefon bimbit juga boleh membuatkan majlis terganggu. Bayangkan ketika itu, semua orang berada dalam suasana senyap kerana menunggu ketibaan tetamu penting, tiba-tiba tetamu dikejutkan dengan deringan telefon bimbit anda yang bukan-bukan. Elak juga menghasilkan bunyi ketika waktu makan. Kalau boleh elak di gelar ' perosak majlis '.                    
5. Tidak Bawa Kad Nama
  • Jangan memandang remeh pada kad nama. paling penting, jika anda terlupa membawa pulang kad sekalipun, jangan berat tangan dan mulut untuk meminta kad daripada klien yang baru anda kenal. Berusahalah sedaya upaya untuk memperkenalkan diri terlebih dahulu. Jangn fikir anda hanya datang ke majlis semata-mata melakukan tugasan tanpa mendapat apa-apa input. Siapa tahu melalui sekeping kad, anda boleh membawa keuntungan untuk syarikat.    
TIP PERLU IKUT
  • Jangan sengaja datang lambat. Berusahlahuntuk datang lebih awal untuk elak kesesakan lalu lintas atau perkara yang tidak diingini.
  • Jika memerlukan anda 'RSVP' sebelum datang, sila bernuat demikian untuk mengelakkan kehadiran anda tidak menjadi tanda tanya kepada semua orang. Jangan hanya bergantung dan yakin dengan jemputan yang diterima.
  • Jangan suka menjadi orang yang suka mengomel atau bermuka-muka di majlis klien. Biarpun majlis itu tidak sempurna, terima dengan hati terbuka.
  • Ini yang sangat perlu dititikberatkan. Perut kenyang dan anda mula bangun menuju ke pintu keluar untuk pulang. Tunggulah sehingga majlis tamat dan jangan sesekali meninggalkan majlis tanpa berjumpa tuan rumah

No comments:

Post a Comment